Lewis Hamilton juarai Grand Prix Mexico

1011

Lewis Hamilton muncul juara dan menjadi yang terpantas dalam perlumbaan GP Formula 1 Mexico yang berlangsung semalam.

Dalam perlumbaan di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City, pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mengalahkan pemandu Ferrari dari Jerman, Sebastian Vettel. Valtteri Bottas (Mercedes) dan Charles Leclerc (Ferrari) berada di belakang mereka.



“Perlumbaan itu sangat sengit,” kata Sebastian Vettel selepas perlumbaan seperti yang dipetik dari laman web rasmi F1. “Fokus saya untuk mengejar Hamilton terganggu kerana Bottas sentiasa mengekori saya ” katanya.

Bagi Hamilton, kejayaan untuk muncul juara di Autodromo Hermanos Rodriguez adalah kemenangan kedua di GP Mexico selepas berjaya menjuarainya pada edisi 2016.

Pelumba dari Great Britain itu menyamai rekod Alain Prost, Nigel Mansell, dan Max Verstappen yang dua kali menjadi juara di GP Mexico. Kejayaan Hamilton dalam memenangi perlumbaan itu ialah kemenangan ke-100 Mercedes dalam acara F1. “Kami mendapat keputusan yang menakjubkan dari perlumbaan hari ini,” kata Hamilton.

“Sebelum perlumbaan, kami bermula sebagai underdog, tetapi kami boleh menyelesaikannya dengan baik,” kata pelumba yang bermula dari kedudukan ke-3 itu.

Walaupun Lewis Hamilton muncul juara, dia tidak mengesahkan kejuaraan dunia F1 tahun ini. 25 mata tambahan telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan teratas F1 dengan 363 mata.

Walau bagaimanapun, mata Hamilton masih boleh dikejar oleh rakan sepasukannya, Valtteri Bottas. Buat masa ini, pelumba dari Finland itu menduduki tempat kedua dengan 289 mata. Terdapat tiga lagi siri perlumbaan di Amerika Syarikat, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu.

Sekiranya dia muncul juara dalam tiga lagi siri berikutnya, Bottas akan memperoleh 364 mata. Tetapi, perkara itu akan berlaku sekiranya Hamilton gagal menyelesaikan perlumbaan dalam tiga baki perlumbaan yang berlainan dan ia berkemungkinan sukar untuk berlaku.

Berikut adalah kedudukan pelumba F1 untuk GP Mexico:

  • Lewis Hamilton – 363
  • Valtteri Bottas – 289
  • Charles Leclerc – 236
  • Sebastian Vettel – 230
  • Max Verstappen – 220

Pungutan mata pasukan hingga GP Mexico:

  • Mercedes – 652
  • Ferrari – 466
  • Red Bull Honda – 341
  • McLaren – 111
  • Renault –  73

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here