Hyundai Grandeur 2020 dengan lebih tekologi dan gaya

1713

Hyundai memperkenalkan Azera di Amerika Syarikat, dan ia juga telah diperkenalkan di negara lain dengan nama Hyundai Grandeur.

Hyundai telah mengeluarkan butiran pertama mengenai model yang diperbaharui yang mengamalkan reka bentuk ‘Sensuous Sportiness‘ serupa dengan yang digunakan pada Hyundai Sonata.



Walaupun kebanyakan facelift adalah kecil, satu perkara penting untuk Grandeur ialah jentera ini mempunyai muka depan baru yang lebih menyerlah daripada sebelumnya. Perubahan paling ketara ialah gril yang mempunyai unit lampu tersembunyi. Ia disepadukan ke gril dan kelihatan logam apabila enjin dimatikan.

Bercakap tentang lampu, Hyundai Grandeur mempunyai lampu belakang baru yang “memanjang di belakang kenderaan.” Jentera ini juga kelihatan mempunyai bar cahaya tersendiri yang membantu untuk menekankan lebar kenderaan.

Mengenai dimensi, saiz Grandeur ‘bertambah’ 60mm dan kini berukuran 4,990mm panjang. Jarak diantara roda pula meningkat sebanyak 40mm dan Hyundai berkata ini akan memastikan model itu mempunyai salah satu bahagian dalaman yang paling luas di dalam kelasnya.

Kabin bukan sahaja lebih besar, tetapi jauh lebih mewah. Bilah papan dashboard dari Lexus LS dan mempunyai aksen logam yang terus melalui lubang udara. Ruangan dalam juga lebih unik kerana ia boleh dilengkapi dengan kluster instrumen digital 12.3-inci dan sistem infotainment 12.3-inci.

Pada bahagian tengah, terdapat konsol tengah yang baru, yang dibalut kulit dan mempunyai trim logam. Konsol ini juga mempunyai sisten kawalan gear Shift-by-Wire yang menggantikan sistem kawalan gear yang lama.

Hyundai tidak menyatakan tentang spesifikasi prestasi, tetapi Grandeur sekarang ditawarkan dengan pelbagai jenis enjin termasuk empat silinder 2.4-liter yang menghasilkan 187hp  dan 241Nm tork. Pelanggan juga boleh memilih untuk enjin V6 3.0 liter dengan 262hp  dan enjin 3.3 liter V6 yang menguasakan 286hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here