Hafizh Syahrin kembali peroleh mata pada GP Australia

2277

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kembali peroleh mata dan ini merupakan suntikan semangat untuknya menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 3 November ini selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 pada GP Australia hari ini.

Ia membolehkan pelumba Red Bull KTM Tech itu meraih satu mata berharga sekali gus menamatkan kemarau gagal mengutip mata sejak kali terakhir pada GP San Marino pertengahan bulan lalu.



“Pada awal perlumbaan saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tayar dan selepas beberapa pusingan saya mula memperoleh rentak perlumbaan dan dapat mengawal penggunaan tayar dengan baik.

“Namun pada laluan lurus amat sukar untuk memintas Karel Abraham (Reale Avintia Racing). Berada di belakang Mika Kallio (Red Bull KTM Factory Racing), saya perlu memintasnya di selekoh dan akhirnya berjaya melakukannya tetapi kemudian amat sukar untuk memintas Abraham,” katanya.

 

Jelas Hafizh, meskipun sekadar meraih satu mata, ia tetap cukup berharga untuknya selepas menempuh pelbagai kesukaran membabitkan jenteranya sebelum ini.

“Kami sudah memperoleh rentak perlumbaan yang dimahukan tetapi pada masa sama kami sedar perlu lebih pantas sejak awal perlumbaan lagi,” katanya.

Selepas 17 pusingan, Hafizh Syahrin kembali peroleh mata dengan mengumpul lapan mata. Sementara itu, seorang lagi pelumba negara yang beraksi di saingan Moto2 bersama Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin menamatkan saingan di kedudukan ke-23 pada saingan yang berlangsung di Litar Phillip Island.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here