Marc Marquez berjaya menangi MotoGP Australia 2019

1067

Pelumba dari pasukan Repsol Honda, Marc Marquez berjaya menangi MotoGP Australia 2019 di Litar Philip Island pada 27 Oktober 2019.

Marc Marquez berjaya menangi MotoGP Australia selepas melepasi Maverick Vinales dalam dua pusingan terakhir. Vinales pula bernasib tidak baik selepas terjatuh pada pusingan terakhir kerana gagal melepasi Marquez.



Sementara kedudukan kedua dan ketiga masing-masing diduduki oleh Cal Crutchlow dan Jack Miller.

Valentino Rossi yang memulakan perlumbaan dari kedudukan keempat sebenarnya boleh memimpin perlumbaan di pusingan pertama. Sementara Danilo Petrucci dan Fabio Quartararo mengalami kemalangan dan terpaksa berehat lebih cepat.

Kemalangan itu bermula apabila Petrucci cuba mengelak daripada merempuh Marquez. Walau bagaimanapun, pelumba Ducati itu jatuh dari motosikal dan mengenai Quartararo yang turut sama mengalami kemalangan.

Pada pusingan keempat, Rossi berada di posisi ketiga setelah mengalahkan Cal Crutchlow dan Andrea Iannone. Rossi kemudian diatasai oleh pelumba lain dan berada di kedudukan kelapan pada pusingan ketujuh manakala Marc Marquez memecut laju untuk berada di tempat kedua untuk mengejar Crutchlow.

Maverick Vinales memimpin untuk pertama kalinya selepas melepasi Crutchlow di pusingan 10. 

Walaupun telah mengesahkan dirinya sebagai juara dunia MotoGP 2019, Marquez tetap unggul dan tidak memberi peluang kepada pelumba lain di Philip Island. pelumba dari Sepanyol itu terus menekan Vinales, yang mengetuai perlumbaan sejak pusingan 10.

Hasilnya, Marquez melepasi Vinales pada pusingan 26 di litar yang lurus dan berjaya mempertahankan kedudukannya sehingga ke garisan penamat. Malang untuk Vinales, dia jatuh pada pusingan terakhir ketika cuba melewati Marquez.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here