Lotus rancang Elan serba baharu untuk saingi Porsche Boxster

1589

Nama Elan dikatakan mempunyai kemungkinan besar diterbitkan semula oleh Lotus. Perincian masih belum diketahui, tetapi pihak dalaman dikatakan “sangat teruja” dengan konfigurasi kereta ini yang akan diposisi di atas Elise sebagai kereta sports dua pintu dengan lebih keselesaan, dan akan menyaingi Porsche Boxster.

Walaupun begitu, Lotus Elan ini akan kekal dengan tradisi Lotus iaitu lebih ringan dari pesaingnya dan akan menjadi antara paling seronok untuk dipandu.



Syarikat berpangkalan di Hethel itu sedang membangunkan platform lekatan-rivet serba baharu untuk menggantikan struktur sekarang yang digunakan oleh Elise/Exige sejak 1995 dan Evora sejak 2008.

Platform baharu yang akan tiba dua tahun lagi akan menjadi asas kepada rangkaian kereta sports baharu termasuk Elan.

Dengan itu, ia akan menjadi Elan generasi ketiga, nama yang diperkenalkan sejak 1962. Keluarga platform ini juga menjadi pemangkin kepada kitaran produk baharu dan sebahagian dari strategi 10 tahun Lotus, iaitu ‘Vision 80’

Sebelum model-model baharu ini, Lotus dikhabarkan akan melancarkan variasi terakhir Evora dari platform sekarang. Ia dijangka tiba hujung tahun depan dengn pakej fokus kepada pemandu dengan beberapa penambahbaikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here