Hafizh Syahrin lumba 4 tayar pula?

2265

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin lumba 4 tayar dam akan beraksi di Sepang 1,000 km (S1K) Endurance Race beberapa hari selepas perlumbaan terakhir Kejuaraan MotoGP di Valencia.

Dia akan berlumba di Grand Prix Valencia di Sepanyol pada 15-17 November dan pulang ke tanahair untuk perlumbaan S1K pada 22-24 November.



Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu akan bergandingan dengan Alister Yoong dan Bradley Benedict Anthony dalam perlumbaan kereta S1K kategori SP2.

Dia hanya berpeluang berlatih sekali sahaja sebelum aksi sebenar.

Hafizh Syahrin lumba 4 tayar dan akan berlumba dengan kereta Toyota Vios angka 910 pada S1K diberikan syarat oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk menyertai kejohanan antarabangsa untuk membolehkan beliau menyertai FIA World Touring Car Cup (WTCR) pada 15 Disember ini.

Hafizh Syahrin bukan hanya menyertai perlumbaan kereta di WTCR malah akan menunggang motosikal perlumbaan endurance Sepang 8 Hours untuk FIM Endurance World Championship (EWC) bersama-sama Franco Morbidelli dan Michael van der Mark.

Pelumba digelar Pescao itu akan mewakili pasukan Sepang Racing Team bagi perlumbaan dua dan empat roda Litar Antarabangsa Sepang.

Ketua pegawai eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata beliau memilih Hafizh Syahrin untuk perlumbaan WTCR untuk mencipta kelainan sekali gus menarik minat peminat sukan permotoran menyaksikan perlumbaan itu.

“Kenapa kita pilih Hafizh, sebab ini adalah acara baharu yang menggantikan Formula Satu (F1) di Litar Sepang.

Ini adalah untuk menarik lebih ramai penonton, kita tahu Hafizh ada ramai peminat yang ikut setiap perlumbaan dia. Dia tarikan utama untuk WTCR,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here