5 punca kompresor penghawa dingin kereta anda rosak

5615

Fungsi kompresor penghawa dingin adalah untuk menggerakkan bahan pendingin dalam sistem dengan cara memampatkan bahan pendingin dari tekanan rendah kepada tekanan tinggi.

Operasinya menerima gas tekanan rendah daripada evaporator dan menghantar gas tekanan tinggi kepada condenser.



Kompresor penghawa dingin juga tidak terlepas dari kerosakan. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat punca kompresor penghawa dingin kereta anda rosak.

1. Kandungan refrigerant (gas) terlalu rendah

Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurangan. Menyebabkan kompresor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan kompresor akan rosak.

2. Kandungan refrigerant (gas) terlalu tinggi

Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir, diisinya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka bersedialah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta atau rujuk kepada yang pakar.

3. Coil kotor

Pernah tengok coil? Kalau anda pernah tengok kat air-cond kat rumah atau belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa atau keemasan.

Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan kompresor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan kompresor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

4. Masalah litar/komponen elektrik

Yang ini seolah-olah silent killer. Kenapa ya? Yalah, bunyi macam kecil saja masalahnya kadang-kadang. Contoh wayar putus, fius terbakar dan lain-lain kerosakan elektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuh melayang duit.

Seeloknya carilah mekanik yang berpengalaman dan lakukan pemeriksaan atau servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

5. Kekurangan pelincir

Jangan ingat enjin kereta saja ada pelincir. Kompresor pun ada. Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar pelincir kompresor.

Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti periksa kandungan pelincir kompresor anda. Jika berkurangan maka silalah isi atau tukar sahaja pelincir baru.

Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi bolehlah rujuk mana-mana mekanik yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here