Elak perkara ini jika menggilap badan kenderaan, kemungkinan makin buruk!

2735

Bagi pemilik kereta persendirian, selain daripada menjaga bahagian enjin dan komponen pada ruangan dalam kereta, pemilik kenderaan juga perlu menjaga bahagian luar kereta.

Penjagaan bahagian luar kereta adalah bahagian yang paling mudah kerana ia boleh dilakukan secara bersendirian. Tetapi, masih terdapat langkah yang tersendiri supaya hasil yang diperoleh dapat dimaksimumkan.

Terdapat hal yang penting perlu diperhatikan oleh pemilik kenderaan yang ingin menggilap badan kenderaan dan menjaga pandangan luaran kenderaannya.



Pastikan wax atau cecair penggilap badan kereta yang anda ingin gunakan tidak mengandungi banyak bahan kimia. Sebaik-baiknya, elakkan daripada waxing atau polish yang mengandungi silikon. Ini kerana jika digunakan secara berterusan akan memberikan  kesan buruk terhadap badan kereta pada masa akan datang.

Bahaya cecair penggilap dengan kandungan silikon tinggi

Adalah bahaya cecair penggilap dengan kandungan silikon tinggi dan digunakan untuk menggilap badan kenderaan secara rutin. Ia boleh menghasilkan lubang kecil pada struktur permukaan badan kereta anda.

Keadaan ini akan menjadi sangat berisiko jika suatu hari nanti anda mahu melakukan proses mengecat semula kereta anda.

Silikon akan menyebabkan lubang kecil seperti banyak bintik pada badan kereta, ini boleh merumitkan proses pengecatan semula, kerana permukaan badan kereta menjadi tidak rata.

Bukan itu sahaja, terlalu banyak silikon dan bahan lain dalam cecair penggilap juga boleh mengikis pelapis cat atau dikenali sebagai clear coat. Ini sebenarnya menjadikan cat kereta tanpa lapisan yang boleh menyebabkan warnanya cepat kusam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here