Waze perkenalkan harga tol bagi para pemandu di Malaysia

2067

Waze, platform yang menyatukan komuniti di dalam mahupun di luar perjalanan, hari ini melancarkan ciri harga tol di Malaysia. Salah satu daripada ciri-ciri yang kerap diminta para pengguna, harga tol membolehkan pengguna mencari dan membandingkannya ketika mereka memandu di sepanjang jalan bertol.

Hanya di Waze, ciri harga tol akan membantu para pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol, membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA agar mereka dapat membuat pilihan yang paling sesuai.



Ciri yang direka khas buat para pengguna jalan bertol ini berjaya dilaksanakan hasil usaha bulanan komuniti sukarelawan Waze. Ianya yang terdiri dari lebih 30,000 editor peta yang aktif.

Enam sukarelawan dari komuniti Waze Malaysia yang telah memainkan peranan dalam perkara ini. Mereka adalah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar. Mereka telah membantu mengumpul dan memasukkan maklumat, lantas membuktikan sekali lagi bahawa Waze sememangnya berlandaskan dan berpacukan masyarakat dan komuniti. 

Ciri ini, yang boleh digunakan pada lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi), tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda tol dalam perjalanan jika ia melibatkan jalan bertol. Para pemandu yang mempunyai pas tol juga boleh membuat pilihan ini di dalam aplikasi Waze. Ianya akan sedia diambilkira ketika data perjalanan sedang dijana. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here