Marc Marquez cedera pada ujian pra-musim MotoGP 2020

1455

Lanjutan ujian pra-musim MotoGP 2020 diwarnai dengan kemalangan yang menimpa juara keseluruhan MotoGP 2019. Marc Marquez cedera apabila mengalami kemalangan pada selekoh terakhir di litar Jerez, Sepanyol.

Marc Marquez mendedahkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang basah pada beberapa selekoh di litar Jerez. Di samping itu, Marc Marquez merasakan sesuatu yang tidak baik pada bahagian badannya selepas terjatuh bersama sebuah jentera RC213V.



Selepas terjatuh, Marc Marquez mendakwa mengalami kecederaan kecil pada bahu kanannya.

Marc Marquez cedera dan juga terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan litar Jerez untuk mengesahkan keadaannya.

“Saya rasa saya mengalami sedikit kehelan di bahu kanan, tetapi bukan kehelan sepenuhnya yang teruk,” kata Marc Marquez.

Tambahan pula, Marc Marquez menjelaskan sebab dia jatuh.

“Itu (terjatuh) adalah kesilapan saya, pada selekoh 5, 9 dan 13 mempunyai kawasan basah , terutama pada waktu pagi,” kata pelumba Repsol Honda itu.

“Saya menyentuh bahagian basah dan kehilangan cengkaman tayar depan,” jelas Marquez.

Marquez berkata dia terhempas dengan perlahan, namun kedudukannya ketika jatuh tidak baik.

“Ia terasa sangat menyakitkan, tetapi saya boleh terus menguji komponen baru,” katanya.

Meskipun mengalami kecederaan, Marc Marquez memastikan dia dapat beraksi semula pada ujian pra-musim motoGP 2020.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here