Hari Keluarga Wevog 2019 himpun lebih 60 Wira Evolution!

6078

Wira Evolution Owner Group atau lebih dikenali sebagai Wevog baru-baru ini menganjurkan Hari Keluarga 2019 di Lotus Theme Park, Desaru, Johor.

Wevog ialah sebuah kelab/komuniti yang ditubuhkan pada 2015 dan dipimpin oleh presiden iaitu Fazlee Damin. Kelab ini menghimpunkan pemilik Proton Wira yang menggunakan komponen badan Lancer Evolution 1 hingga 3, GSR dan sewaktu dengannya.



Himpunan kali ini lebih kepada berkonsepkan santai, dan menjadi medium untuk semua ahli bertemu, beramah-mesra dan bertukar-tukar pendapat.

 

Namun begitu, terdapat juga acara utama dalam himpunan kali ini termasuklah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Pertandingan lain termasuklah Best Exhaust, Best Engine Bay, Best JDM, Best Colour dan Best Carbon. Turut memeriahkan acara adalah kehadiran VVIP iaitu Admin CCCJ, Zamzaha Samiran.

Pada sebelah malam, acara diteruskan dengan mesyuarat agung tahunan kelab. Semua pertandingan sepanjang acara himpunan Wevog kali ini berjalan lancar hasil kerjasama dari semua pihak.

Himpunan kali ini telah berjaya menghimpunkan sekitar 60 buah kereta dan pemilik. Himpunan seterusnya untuk 2020 akan diadakan di Langkawi, Kedah.

Sumber: Ayu Rahim Wevog

Gambar: Fiza Nasir

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here