11 buah BMW E34 kondisi ‘baru keluar kedai’ ditemui!

3503

Pasti ramai dalam kalangan golongan muda hari ini tidak pernah melihat, malah memandu kereta BMW 5-Series yang dikeluarkan pada tahun 1994. Menariknya, sebanyak 11 buah kereta BMW E34 temasuk 1 wagon dan 5 sedan telah dijumpai tersimpan di sebuah gudang lama di sebuah bandar di selatan Bulgaria.

Menurut pengeluar tempatan, kesemua kenderaan tersebut telah dikeluarkan pada tahun 1994, namun tidak pernah didaftarkan. Kesemua kenderaan ini adalah varian 520i dan 525i. Menurut beberapa sumber, kesemua kenderaan ini dibeli bertujuan untuk digunakan dalam perniagaan servis sewa kereta. Namun tanpa sebab yang jelas, perniagaan tersebut terpaksa ditutup dan meninggalkan semua kenderaan ini terbiar di gudang.



Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, dapat dilihat semua kenderaan ini masih dalam kondisi seperti baharu dan tidak terusik. Geram pula kami tengok panel-panel dalaman yang bersih itu. Namun, keadaan sesetengah kenderaan ini pada luarannya kelihatan sudah dimakan usia kerana terdapat beberapa tompok kesan pudar dan calar pada kenderaan.

Jelas kelihatan bahawa stereng, gear dan tempat duduk masih kelihatan berbalut dan cantik seperti asal. Malah kenderaan ini tidak pernah dipandu sejak dibeli dan hanya terbiar di gudang itu. Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kenderaan ini bakal dijual pada tahun hadapan. Namun, anggaran harga untuk setiap kereta masih belum diketahui.

Seorang pengguna Facebook menganggarkan harga setiap satu kereta tersebut pada sekitar $17,070 (RM69,900) mengikut harga semasa. Harga boleh berubah bergantung kepada keadaan kereta tersebut. Yang pasti, semua ini masih lagi sekadar khabar angin.

Di Bulgaria, kenderaan ini tidak dapat didaftarkan sebagai kenderaan baharu kerana undang-undang tempatan tidak membenarkannya. Sebagai jalan penyelesaiannya, kereta tersebut bakal dibawa ke negara lain yang boleh menerima pendaftaran baharu kereta tersebut sebagai kereta retro dengan nombor plat khas. Antara negara yang tersenarai ialah Jerman dan beberapa negara lain.

Ето и едно кратко видео. Утре още ????????????

Posted by Център за БОРБА с Ръждата on Friday, December 28, 2018

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here