Sultan Johor pun layan Street Cub

4173

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima hadiah sebuah motosikal klasik sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 tempoh hari.

Motosikal Street Cub itu disampaikan Pegawai Daerab Batu Pahat, Haji Zulkiflee Haji Abbas mewakili Daerah Batu Pahat kepada Tuanku Sultan Ibrahim di Rumah Datang-Datang, Batu Pahat.



Jika pembuat motosikal kustom ini turut sama menyampaikan hadiah ini pasti lebih menarik. Kami ingin tahu juga siapa yang telah menyiapkan Street Cub ini.

Ia menampilkan tayar berprofail lebar, ekzos kustom, tempat duduk tunggal dan paling menarik, rekaan rim lutsinar. Dari jauh, seperti roda terapung.

Kongsikan kepada kami jika anda mempunyai maklumat lanjut mengenai motosikal ini.

Video:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here