Isnin, 14 Oktober 2019
Utama Berita Automotif - SUV dipercayai terjunam ke dalam laut selepas dilanggar di bahagian sisi...

[Video]- SUV dipercayai terjunam ke dalam laut selepas dilanggar di bahagian sisi belakang

401

Sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.54 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lagi kereta yang terjunam ke dalam laut yang belum dapat dipastikan jenisnya.

“Status mangsa juga belum dikenal pasti, namun operasi mencari kereta yang terjatuh ke dalam laut itu diteruskan sambil dibantu pihak polis marin,” katanya. 

Sebuah kereta terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang

[VIDEO] Detik-detik mencemaskan ketika kejadian sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM4 Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.Klik https://bit.ly/2AST2X4 untuk berita penuh.

Posted by Kosmo Online on Saturday, January 19, 2019

Komen anda mungkin membantu