Saman serta-merta RM300 untuk 6 kesalahan trafik

3523

Saman serta-merta RM300 akan dikeluarkan kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan trafik utama sepanjang Ops Selamat ke-14.

Operasi yang dijalankan bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini adalah bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019.



Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan saman serta-merta adalah seperti berikut:

  1. Memandu di lorong kecemasan
  2. Melebihi had laju
  3. Memotong barisan
  4. Memotong di garisan berkembar
  5. Tidak mematuhi lampu isyarat
  6. Menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata tindakan saman itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan selain menjamin keselamatan di sepanjang musim perayaan.

“Kita menjangkakan berlaku kesesakan di beberapa lokasi tertentu disebabkan oleh pertambahan kenderaan kerana cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Disebabkan itu, polis meningkatkan pemantauan bagi memastikan aliran trafik terkawal dan mengurangkan kadar kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops Selamat Ke-14 di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah utara.

Sementara itu, beliau berkata statistik kemalangan menunjukkan peningkatan iaitu 21,041 kes tahun lalu berbanding 20,752 pada 2017.

Katanya, tindakan saman turut mencatatkan peningkatan dengan 385,547 saman dikeluarkan pada tahun lalu berbanding 255,392 (2017).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here