Periksa kenderaan secara percuma di musim perayaan

1413

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan menganjurkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma menjelang sambutan peraayan Tahun Baharu Cina ini.

Ia sebahagian dari Kempen #drivesafenoregrets bermula 25 Januari hingga 4 Februari ini. Pemandu boleh menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan di semua cawangan Puspakom seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cawangan Shah Alam, Lahad Datu dan Pasir Gudang.



Selain itu, Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM juga menawarkan pemeriksaan serupa dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

25-27 Januari 2019

Shell Jelutong
SH Jelutong Expressway (Milyar Mutiara Enterprise, Jalan
Perusahaan Jelutong, Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 11600
George Town, Malaysia)

28-29 Januari 2019

Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Bangi, Selangor

29-31 Januari 2019

Shell Ipoh
SH NTI Jalan Tasek (SSS ENERGY RESOURCES,
PT251113, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak)

1-2 Februari 2019

Parkir Tesco Extra, Selayang

 

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail berkata, “Kami berasa gembira kerana ribuan pemilik kenderaan persendirian mengambil peluang ini setiap kali pemeriksaan percuma ditawarkan. Statistik kami menunjukkan kempen pemeriksaan percuma sempena musim perayaan pada tahun 2018 mencatat sebanyak 4,270 buah kenderaan persendirian, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus (50%) berbanding hanya 2,822 buah kenderaan pada 2017. Ternyata usaha yang dijalankan oleh PUSPAKOM berkesan dalam memupuk kesedaran keselamatan kenderaan dengan meningkatnya jumlah kenderaan yang diperiksa setiap tahun.”

Sempena kempen ini, PUSPAKOM juga menganjurkan pertandingan Instagram ‘Snap & Win’ dan pertandingan Facebook ‘Share & Win’, dimana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperti Huawei Y9 Smartphone, Lenovo Tab 7 Essential, Full HD 1080 DVR Dash Cam, Smart Watch dan juga Kad Touch’n Go PUSPAKOM Eksklusif bernilai RM88.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pemeriksaan percuma #drivesafenoregrets ini, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my atau Facebook rasmi PUSPAKOM.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here