El-Pescao: Mana datang nama timangan Hafizh Syahrin ni?

2464

Peminat sukan permotoran tanah air pasti tahu bahawa sensasi Moto GP negara, Hafizh Syahrin mempunyai nama timangan “El Pescao”.

Nama timangan inilah yang melekat dulu pada Hafizh sebelum mendapat satu lagi nama timangan tahun lepas iaitu “BO55KU”.

Foto: motorsport.com

Jadi, dari mana datangnya nama ini? Dan apa signifikannya El Pescao kepada beliau?



Menurut Hafizh, kisah ini bermula pada 2012 semasa dia dalam siri Moto 2. Ketika di Sepanyol, mekanik agak susah menyebut nama penuhnya, maka mereka memanggil “Fizh” sahaja iaitu bunyi seperti “fish”.

Hafizh berkata, “Saya pun bertanya apakah fish dalam bahasa mereka, dan mereka berkata pescao.”

Dia tertarik dengan bunyi dan ejaan perkataan itu dan dari situ jugalah mekanik pasukannya memanggil nama “El Pescao”.

Ikan juga sukakan air, signifikan dengan Hafizh yang cemerlang dalam perlumbaan hujan atau basah.

Perkongsian ini diadakan semasa sesi temubual bersama Hafizh di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Tonton videonya di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here