Proton Persona 2019 terima facelift, arahan suara GKUI

2939

Imej rasmi Proton Persona 2019 telah disiarkan oleh Proton hari ini. Sedan itu menampilkan beberapa pembaharuan di luar, dalam dan dari segi kelengkapan.

Persona 2019 ini bakal dilancarkan tahun ini bersama Proton Iriz yang diintip bulan lepas.

Luaran



Paling ketara di bahagian luar Persona 2019 ialah di muka depannya. Persona 2019 akan memakai rekaan Ethereal Bow atau busur yang sama terdapat pada Proton X70. Rekaan ini juga digunakan pada Iriz nanti.

Di bawahnya pula ialah ruang kemasukan udara yang baharu, siap dengan kluster DRL LED di bahagian tepi kiri dan kanan bampar depan.

Kemudian di belakang, tulisan PROTON di trim but menggantikan lencana Proton pada model sekarang. Bahagian bawah bampar belakang juga baharu, dengan panel hitam dan tekstur unik.

Rim 15-inci juga diberi rekabentuk baharu, menampakkan saiznya seakan lebih besar.

Dalaman

Untuk dalaman, susunan meter analog dan paparan pelbagai info direka semula. Di konsol tengah kini terdapat unit media dengan skrin sesentuh. Ia menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Proton dan eCarX. Unit ini akan menampilkan Geely Smart Ecosystem (GKUI) yang memberikan fungsi arahan suara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here