Perodua Bezza Limited Edition punyai 10 ciri unik

3753

Perodua memperkenalkan Perodua Bezza Limited Edition di Malaysia Autoshow 2019 yang bertempat di MAEPS, Serdang hari ini.

Bezza edisi terhad itu hanya boleh ditempah di acara itu dan terhad kepada 50 unit sahaja. Ia ditawarkan pada harga jualan RM44,890 (atas jalan tanpa insurans).



Berikut adalah senarai penambahan dan pembaharuan pada Bezza Limited Edition:

  1. Warna badan Ivory White
  2. Kit badan GearUp sepenuhnya berwarna matte black dengan kemasan garisan merah
  3. Spoiler belakang matte black
  4. Bumbung hitam
  5. Rim aloi kelabu gelap
  6. Cermin sisi berwarna merah
  7. Grafik geometric di beberapa bahagian badan
  8. Balutan GearUp untuk tempat duduk dengan jahitan merah
  9. Kemasan merah pada corong penghawa dingin
  10. Tikar GearUp

Keseluruhan Perodua Bezza Limited Edition ini adalah serupa dengan Bezza varian 1.3 Premium X. Ini bermakna ia dipacu oleh enjin 1.3-liter Dual VVT-I yang menghasilkan 94hp dan 121Nm tork.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here