Nissan Versa 2020 didedahkan – Almera generasi terbaharu

3093

Nissan Versa sedan 2020 baru didedahkan di Rock the Ocean’s Tortuga Music Festival, sebelum berlangsungnya New York International Auto Show (NYIAS). Versa generasi ketiga ini jugalah yang akan menjadi asas kepada Almera serba baharu untuk pasaran kita nanti.

Nissan Versa sedan 2020 ini nampaknya agak menjanjikan, terutamanya dari segi rupa luaran. Ia dibina menggunakan Common Modular Family (CMF-B) dari kerjasama Renault-Nissan Alliance.



Versa sedan mendapat lampu depan berbentuk boomerang, yang mengapit gril V-motion jenama itu. Lampu kabus pula kini berbentuk segi empat.

Di bahagian tepi, jelas kelihatan garisan karakter yang naik dari tiang-A ke atas dan ke tiang-C yang membentuk floating roof atau bumbung terapung.

Bentuk boomerang dalam lampu depan dibawa ke lampu belakang dengan lebih ketara apabila ia menyala. Lampu belakang ini juga sebenarnya diambil dari model sedan lebih besar iaitu Nissan Altima.

Seperti gaya luaran, bahagian dalaman Versa/Almera ini juga diberikan rombakan besar. Nissan menamakan rekaan papan pemuka kereta ini sebagai “Gliding Wing”, elemen yang turut hadir dalam model Maxima dan Altima.

Roda stereng dan paparan pemandu adalah serupa dengan model Kicks dan Leaf. Ia menampilkan meter analog di sebelah kanan dan paparan digital di sebelah kiri. Unit hiburan di konsol tengah akan menyokong fungsi Android Auto dan Apple CarPlay.

Buat masa ini, Nissan hanya menyenaraikan satu pilihan enjin iaitu 1.6-liter petrol empat-silinder dengan 122hp dan 154Nm tork. Ia boleh dipadan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau Xtronic CVT.

Dari segi keselamatan, Versa/Almera akan ditawarkan dengan Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Rear Automatic Braking, Lane Departure Warning dan High Beam Assist. Ciri tambahan termasuklah Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, Intelligent Driver Alertness dan Intelligent Cruise Control.

Jadi, sedan jenama Jepun mana yang anda akan pilih? Vios, City atau Almera ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here