Pandu uji: Porsche Panamera 4 Sport Turismo – sedan dengan prestasi kereta sport

3528

Kami berkesempatan memandu uji Porsche Panamera 4 Sport Turismo ini semasa konvoi acara Porsche Club Malaysia – Drive of the Year.

Semasa acara ini jugalah kami singgah ke RWB Museum di Johor Bahru. Konvoi ini merupakan acara tahunan kelab itu dimana pemilik-pemilik Porsche berkumpul untuk pemanduan dengan laluan yang telah dirancang.



Selain Panamera 4 Sport Turismo, satu lagi kenderaan media yang menyertai konvoi adalah Porsche Cayenne.

Kedua-dua kereta ini tidak mempunyai masalah besar untuk bersama konvoi yang terdiri dari model sport seperti 911 (Carrera, GT3, GT3 RS, GT2 RS), Cayman dan Boxster.

Walaupun bukan model paling berkuasa, Panamera dan Cayenne tetap mempunyai jiwa kereta sport Porsche dengan talaan casis dan suspensi yang canggih.

Ini memberikan Panamera dan Cayenne gabungan praktikaliti dan kepuasan pemanduan yang unik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here