Hafizh Syahrin Abdullah belum ada penaja utama

2209

Penaja utama nampaknya sukar diperoleh bukan sahaja dikalangan pasukan yang bertanding dalam pelbagai pentas perlumbaan musim ini. Malah, masalah ini turut dihadapi oleh pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

penaja utama

Hafizh bakal beraksi bersama pasukan Angel Nieto selepas mengumumkan akan kembali menghangatkan saingan Moto2 selepas dua musim bersaing di MotoGP.



“Saya masih lagi menunggu jawapan pihak tertentu. Buat masa sekarang memang saya belum ada penaja utama yang bersedia untuk menaja saya pada musim baharu nanti.

penaja utama

“Apapun saya akan tetap fokus, bekerja keras dan meneruskan perlumbaan seperti biasa meskipun berisiko berlumba tanpa gaji musim ini,” katanya.

Jelas pelumba yang berasal dari Selangor itu, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal tajaan sebaliknya fokus kepada persiapan musim terutamanya sesi ujian rasmi pada bulan depan.

“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau ada rezeki, mesti ada penaja. Kalau tidak, bermakna saya perlu berusaha lebih lagi. Jadi sama-sama kita saksikan nanti apakah yang boleh saya lakukan pada musim baharu ini,” katanya.

Saingan MotoGP tahun ini akan bermula 8 Mac depan di Qatar.

Cabaran yang dihadapi industri sukan permotoran tahun ini berikutan kesukaran mendapatkan tajaan.

Antara yang merasai kesukaran itu adalah pasukan ONEXOX TKKR SAG, iaitu sebuah pasukan besar yang bersaing di saingan Kejuaraan Cub Prix, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) serta saingan Moto2 di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here