TAS 2020: Honda Jazz Mugen Two Face dipamerkan

3158

Bahagian pengubahsuaian dari Mugen menampilkan salah satu karya terbarunya di acara Tokyo Auto Salon 2020. Kali ini, Mugen mempamerkan komposisi dua konsep paparan yang berbeza, dalam satu unit Honda Fit atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Honda Jazz.

Honda Jazz

Melalui pameran ini, Mugen menyatakan pembahagian dua konsep pengubahsuaian Honda Jazz ini sebagai Dash dan Skip. Tema bertajuk Dash kebanyakannya merah dengan konsep yang lebih sporty. Sementara itu, warna putih yang digabungkan dengan emas mencipta citarasa yang elegan dari konsep Skip.



Perbezaan yang ketara hanya boleh dilihat dari pemasangan komponen luaran kereta Honda Jazz tersebut. Mugen sendiri masih menggunakan banyak komponen yang sama untuk kedua-dua konsep tersebut. Ianya adalah seperti side skirt, decals, dan penggunaan roda aloi aluminium MDE 17 inci.

Honda Jazz

Ciri khas dan perbezaan kedua-dua wajah Honda Jazz oleh Mugen, terletak pada beberapa bahagian. Seperti gril depan pada konsep Dash yang menggunakan gentian karbon secara keseluruhan, manakala konsep Skip menggunakan aksen yang panjang bewarna keemasan.

Keseluruhan konsep pengubahsuaian Dash juga menggunakan komponen seperti pakej spoiler pada beberapa bahagian, seperti di bawah bumper depan dan bumper belakang. Begitu juga, satu rangkaian lampu belakang yang kelihatan berbeza, ditambah penutup cermin yang gelap.

Honda Jazz

Pengubahsuaian ke konsep Skip, sebaliknya, tidak memerlukan banyak komponen tambahan. Selain gril yang telah disebutkan, ciri-ciri yang menarik dapat dilihat dari penggunaan rangkaian lampu belakang, pemasangan pelekat pada bahagian atas cermin sisi, dan spoiler di bahagian belakang.

Selain membawa pengubahsuaian Jazz dua muka tersebut, Mugen juga memaparkan tiga model kenderaannya di Tokyo Auto Salon 2020. Iaitu, konsep Mugen Honda S660, Mugen NSX-GT, dan All Formula Super Formula Jepun, Team Mugen SF19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here