Nama bakal SUV pertama Ferrari, Purosangue sudah digunakan oleh pihak lain

2442

Pada tahun 2018, Ferrari mengumumkan bahawa syarikat itu sedang dalam proses menghasilkan sebuah crossover pertama mereka yang akan diberi nama sebagai Purosangue.

Nama Purosangue diambil dari elemen-elemen tulen yang ada pada sebuah Ferrari, sesuai dengan imej Prancing Horse pada logo mereka.



Masalahnya, nama Purosangue telah digunakan oleh pihak lain. Ianya adalah Yayasan Purosangue, sebuah agensi anti-doping yang telah beroperasi sejak dari tahun 2011.

Ferrari mendakwa bahawa nama tersebut tidak digunakan oleh organisasi tersebut secara kerap dalam masa lima tahun kebelakangan ini. Sementara itu, Yayasan Purosangue bukanlah sebuah institusi biasa, mereka telah bekerjasama dengan Adidas dalam penghasilan pelbagai pakaian hingga kasut sukan. 

Hal ini menyebabkan kemungkinan, penggunaan nama Purosangue tidak berpihak dan tidak dapat digunakan oleh Ferrari. Kes ini akan dibicarakan di mahkamah pada 5 Mac yang akan datang. 

Ferrari Purosangue

Pihak dari Yayasan Purosangue dengan tegas menolak desakan bahawa nama Purosangue tidak digunakan. Pengasas yayasan itu Max Monteforte, berkata hal ini tidak adil dan dia merasa sangat sedih.

“Kenapa kami harus membiarkan identiti kami diambil? Mereka perlu periksa terlebih dahulu,” katanya.

Crossover Purosangue dijadualkan akan dilancarkan pada tahun depan. Syarikat itu tidak banyak bercakap mengenai model ini, tetapi spekulasi mengatakan pesaing kepada syarikat Lamborghini ini akan menggunakan powertrain hibrid plug-in (PHEV).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here