MINI rancang cipta supercar berenjin tengah

1068

Pada tahun 2019, MINI secara rasmi memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka yaitu MINI Cooper SE. Mereka dilaporkan juga akan membuat supercar berenjin tengah (mid-engine) yang lebih kecil, yang lebih murah dan mudah untuk digunakan.

supercar berenjin tengah

Nampaknya, langkah MINI untuk memperkuat kedudukannya di pasaran automotif global tidak terhenti disini sahaja. supercar berenjin tengah



Malah, setakat ini kereta keluaran MINI di bawah BMW Group sentiasa menggunakan sistem berenjin depan dan menggunakan pacuan roda depan (front-wheel drive/FWD). Beberapa di antaranya juga menggunakan sistem all-wheel drive (AWD).

supercar berenjin tengah

“Tetapi, jika kami meluangkan lebih banyak masa dan sumber, jurutera kami boleh menghasilkan kereta berenjin tengah,” kata Andreas Lampka, Ketua Komunikasi MINI.

Boleh jadi, supercar berenjin tengah MINI ini adalah versi pengeluaran MINI Superleggera Concept yang telah muncul di acara Villa d’Este Concorso 2014. Tetapi spekulasi ini segera dinafikan oleh Lampka.

“Mari kita lihat bagaimana MINI membangunkannya, kerana ya, ini adalah masa yang sesuai untuk MINI. Kami percaya kami akan membuat keputusan yang tepat dan juga akan mencabar jenama lain,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here