Gamers no.1 Malaysia, Soloz sempoi pergi beli Mustang pakai selipar pinjam

12202

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali Faris Zakaria, namun dalam e-sport, dia dikenali sebagai Soloz salah seorang gamers yang paling handal.

Soloz

Kalau kita lihat seseorang yang sangat taksub bermain permainan video (gamers), pasti ramai yang menganggap ianya adalah sekadar hobi. Tetapi sebenarnya jika betul platform, permainan video boleh juga menjana pendapatan yang agak lumayan.



Terbaru, menerusi perkongsian di IG miliknya, Soloz telah memuat naik beberapa foto memaparkan dia membeli kereta mewah jenis Mustang.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Faris membeli kereta mewah dengan penampilan yang sederhana dan hanya memakai selipar sahaja.

Foto-foto gamers No. 1 Malaysia itu bersama kereta Mustang yang baru dibelinya sudah mula tular di laman sosial media. Rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap yang disifatkan sebagai seorang yang ‘sempoi’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here