Hyundai Elantra 2021 dengan rupa dan teknologi futuristik yang akan mencabar Honda Civic

1934

Hyundai telah melancarkan secara rasmi Elantra dan Elantra Hybrid 2021 secara tertutup di The Lot Studios di West Hollywood. Acara itu juga disiarkan ke seluruh dunia.

Rekabentuk Elantra kali ini lebih elegan dan mengambil beberapa elemen dari Sonata baharu. Elantra 2021 ini juga lebih lebar, lebih rendah dan mempunyai overhang depan lebih pendek.



Walaupun mempunyai bumbung coupe rendah, Elantra tetap mempunyai keluasan ruang kepala yang sama dengan Elantra sedia ada.

Bahagian kabin pula menggunakan konsep immersive cocoon atau “kepompong mendalam”, menjadikan kabinnya seperti kokpit kapal terbang. Struktur rendah dan luas bergerak dari pintu hingga ke konsol tengah.

Di depan pemandu, terdapat dua paparan skrin 10.25-inci yang bergabung menjadi satu kepingan besar, seperti model-model Mercedes terkini.

Ciri standard termasuklah sistem audio yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, stereng dengan butang pelbagai fungsi, Drive Mode Select, dan kamera undur dengan garisan dinamik.

Ciri lain adalah corong pendingin hawa nipis, pencahayaan dalaman 64-warna, pemegang bucu unik untuk penumpang, kemasan pintu yang rendah dan panjang, kemasan dwi-tona di pintu, pengecaj tanpa-wayar, sistem Blue Link dan sistem audio Bose.

Elantra akan ditawarkan dalam dua jenis enjin, iaitu pembakaran biasa dan hibrid. Elantra Hybrid dipacu oleh enjin 1.6-liter GDI 4-silinder, dibantu oleh elektrik motor 32kW dengan bateri lithium-ion-polimer berkuasa 1.32 kWh.

Sistem ini menghasilkan output 139hp dan 264Nm tork. Transmisi pula ialah automatik dwi-klac yang menjanjikan pemanduan labih mantap berbading pesaingnya.

Bagi Elantra biasa pula, ia dikuasakan oleh enjin 2.0-liter MPI yang memfokus kepada penjimatan bahan api, menghasilkan 147hp dan 179Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi baharu Intelligent Variable Transmission (IVT).

Unit IVT ini walaupun tidak mempunyai gear, ia direka untuk memberikan sensasi pemanduan seperti automatik konvensional, tetapi pada masa sama memberikan kecekapan untuk semua tahap kelajuan.

Dari segi keselamatan, Hyundai Elantra mendapat kelengkapan terkini seperti automatic emergency braking, lane-keep assist, dan attention monitoring system. Ciri tambahan adalah blind-spot monitoring dan adaptive cruise control.

Elantra turut dilengkapi teknologi kunci digital seperti pada Sonata. Ia membolehkan anda mengawal pelbagai fungsi kereta dari telefon pintar.

Mampukah Hyundai Elantra ini berikan saingan kepada Honda Civic, Toyota Corolla Altis dan Mazda3 bila tiba di Malaysia nanti?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here