Enjin empat lejang pertama pasukan Yamaha dalam MotoGP

2537

Dalam artikel ini, kami akan membawa anda mengimbas semula enjin yang pernah digunakan oleh pasukan MotoGP Yamaha semasa bersaing dalam GrandPrix kelas premier.

Pada tahun 2002, Yamaha memperkenalkan versi pertama Yamaha YZR-M1 dimana M1 bermaksud “Mission 1”. Jentera ini dikuasakan oleh enjin DOHC 4-lejang inline-4 (empat sebaris) dengan kapisiti enjin 942cc.



Pada masa itu, Yamaha tidak mempunyai sejarah berkaitan dengan enjin jenis konfigurasi ‘V’ sehingga ketika mereka menggunakan enjin 4-lejang jenis selari.

enjin yamaha

Walaupun menurut peraturan, pasukan yang menyertai perlumbaan bebas menghasilkan enjin yang berkuasa tanpa banyak halangan, Yamaha pada masa itu hanya mahu meningkatkan atau menyamakan prestasi enjin berkenaan dengan prestasi enjin YZR500 sebelum itu.

Dalam perkembangan terawalnya, Yamaha pernah menukar kapasiti enjin dari 942cc kepada 967cc. Bagaimanapun, ia dianggap ketinggalan jika dibandingkan dengan Honda yang pada masa itu yang mempunyai enjin V5 dengan kapasiti 1,000cc.

Antara komponen pada enjin M1 pada masa itu ialah rantai sebagai penggerak camshaft dan karburetor yang dikendalikan oleh Keihin FCR Electronics.

enjin yamaha

Enjin ini digunakan selama dua tahun (2002-2003) dan keputusannya tidak begitu memuaskan dalam pencapaian. Akhirnya Yamaha memperkenalkan enjin baru 4-lejang yang dikuasakan oleh sistem pembakaran Order Cross-Plane Crankshaft pada tahun 2004 dan menjuarai perlumbaan musim itu melalui Valentino Rossi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here