PKP: Beli Volkswagen online melalui eShowroom dan Lazada

1328

Dalam membendung penularan wabak Covid-19, Volkswagen – seperti syarikat kereta lain – juga menutup operasi jualan dan pengedarannya untuk keselamatan pekerja serta pelanggan.

Namun begitu, untuk anda yang masih mahu shopping dan buat tempahan kereta, anda masih boleh berbuat demikian di Volkswagen eShowroom dan “kedai flagship” jenama itu di Lazada.



Sepanjang bulan April, pelanggan di eShowroom dan Lazada juga berpeluang mendapat penjimatan standard dan online, dengan jumlah seperti berikut:

  • Polo – RM4,500
  • Ventol Comfortline – RM7,500
  • Vento Highline – RM7,500
  • Beetle – RM8,000
  • Golf R-Line – RM3,500
  • Golf GTi dan R – RM8,000
  • Tiguan – RM6,000
  • Passat Elegance – RM6,000

 

Terdapat juga tawaran insurans percuma bernilai sehingga RM5,500 (Tiguan dan Passat) serta rebat petrol bernilai RM2,500 (Tiguan).

Untuk Volkswagen eShowroom, berikut adalah cara mendapat penjimatan:

  1. Pilih model yang dimahukan
  2. Isi borang tempahan online
  3. Pilih wail pengedar Volkswagen dan serah borang
  4. Tunggu untuk panggilan pengesahan dari Volkswagen Customer Care

Untuk kedai flagship Volkswagen di Lazada pula, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih tawaran dan tekan ‘Buy Now’ untuk model yang dimahukan
  2. Buat bayaran 1 peratus untuk sahkan tempahan
  3. Terima emel pengesahan tempahan dari Lazada
  4. Wakil Volkswagen Customer Care akan hubungi anda untuk pilih wakil pengedar Volkswagen pilihan anda

Apabila semua proses sempurna, wakil pengedar dipilih akan menghubungi anda untuk proses seterusnya.

Pendaftaran dan penyerahan kereta akan dibuat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here