Waze guna data simpanannya untuk bantu mereka yang perlu memandu dalam tempoh PKP

1438

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini, Waze telah mengaktifkan rangkaian komuniti dan rakan-rakan kongsinya merentasi Komuniti Sukarelawan, program Waze for Cities, untuk menyokong usaha dalam memerangi pandemik ini.

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, pengguna Waze di Malaysia mengurangkan pemanduan secara drastik, iaitu dengan jumlah jarak yang berkurangan sebanyak 80% berbanding purata harian pada bulan Februari.  



Walaupun terdapat pengurangan secara keseluruhan dalam jumlah pengguna jalan raya, terdapat juga perjalanan asas yang perlu dibuat setiap hari, contohnya pembelian keperluan asas harian, mendapatkan rawatan kesihatan, atau menunaikan kewajipan kerja bagi golongan dalam kategori “Perkhidmatan Perlu” (Essential Services).

Waze Covid-19

Oleh sebab itu, Waze percaya bahawa datanya boleh membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efektif.

Untuk menyokong usaha ini, komuniti Editor Waze dan pasukan tindak balas krisis Waze sedang berkerjasama dengan 58 buah negara untuk memuatkan data aktiviti bantuan yang khusus, termasuk maklumat penutupan jalan, kawasan zon merah, dan sebagainya, kepada peta. 

Waze juga telah melancarkan sebuah Laman Utama Covid-19 yang menyeru kerajaan-kerajaan di serata dunia untuk menyumbangkan data lokasi pusat pemeriksaan kesihatan dan pusat pengagihan makanan kecemasan untuk membolehkan Waze menambahbaik fungsi pemetaan bagi pengguna.

Setelah data diterima, Waze akan mengesahkan dan memuatkan butiran tersebut kepada peta, dan seterusnya memaklumkan pengguna.   

Waze Covid-19

Satu lagi inisiatif yang telah dilakukan oleh Waze ialah sokongan kepada sistem pandu lalu dan pengambilan tepi jalan bagi mengurangkan keperluan untuk bersentuhan (contactless delivery) apabila menggunakan produk yang merangkumi makanan dan keperluaan asas lain.

Inisiatif ini selaras dengan garis panduan penjarakan sosial dan disertakan lencana ‘Location Personalities’ dan fitur carian baru.

Perusahaan yang perlu mengemaskini maklumat mereka boleh berbuat demikian dengan beberapa langkah mudah atau boleh menghubungi pasukan sokongan Waze untuk bantuan.  

Untuk keterangan lanjut mengenai usaha bantuan Covid19 Waze, komuniti dan rakan-rakan kongsinya, sila layari laman blog Waze atau lihat laman utama ini

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here