PKP: Semua pusat servis Hyundai kini dibuka – temujanji sahaja, 9pagi hingga 4petang  

1652

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mendapat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menjalankan semula operasi pusat servisnya secara berperingkat bermula 20 April 2020. 

Hari ini, semua pusat servis Hyundai telah kembali beroperasi. Namun sepanjang tempoh PKP, bilangan juruteknik dan pelanggan di semua cawangan akan dikurangkan ke paras minimum.  



Jadi, SDAH hanya akan menerima pelanggan yang membuat temujanji, dan pelanggan walk-in tidak dibenarkan. Selain itu, untuk keselamatan dan keselamatan semua pihak, garis panduan PKP akan dipatuhi sepenuhnya.

Ini termasuklah penjarakan sosial, nyahkuman dengan kerap, pemeriksaan suhu badan staf dan pelanggan, serta penyediaan hand sanitiser di ruangan pelanggan.

Untuk membuat temujanji, pelanggan perlu menghubungi SDAH atau terus berhubung dengan penasihat jualan.

Waktu operasi adalah 9 pagi hingga 4 petang untuk Isnin hingga Jumaat, dan 9 pagi hingga 12 tengahari untuk Sabtu.  

Berikut adalah cawangan pusat servis dan nombor untuk dihubungi:

  • Ara Damansara, Petaling Jaya (03-7628 2500)
  • Old Klang Road, Kuala Lumpur (03-7984 5388)
  • Skudai, Johor (07-2340 714)
  • Ipoh, Perak (05-2533 399)
  • Prai, Penang (04-3997 788)
  • Georgetown, Penang (04-2811 210)

Program Lanjutan Waranti CARE 

Hyundai Sime Darby Motors juga mengumumkan Program Lanjutan Waranti CARE yang akan melanjutkan mana-mana jaminan asal yang tamat tempoh pada Mac dan April. Inisiatif ini adalah selari dengan polisi Hyundai untuk semua kenderaan mereka di seluruh dunia

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.my atau hubungi 1300-13-2000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here