Covid-19: Tiada wang dan hilang sumber pendapatan, seorang warga emas kayuh basikal 630km untuk balik kampung

2369

Seorang lelaki warga emas di Thailand yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan, kini telah hilang sumber pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia. 

Covid-19 hilang pendapatan

Disebabkan tiada lagi sumber pendapatan, dia terpaksa pulang ke kampung halamannya.



Seorang pengguna Facebook iaitu Wipaporn Rungchot menceritakan kisah lelaki warga emas tersebut yang secara tidak sengaja ditemuinya di tepi jalan. 

Dia terpaksa pulang ke kampung halaman, tetapi memandangkan perintah lockdown sedang berkuatkuasa di Thailand, dia terpaksa mengayuh basikalnya.

“Memulakan perjalanannya dari Rayong, lelaki tersebut menunggang basikalnya ke Ubon Ratchathani, yang berjarak 630km dan memerlukan beberapa hari untuk sampai,” kata Wipaporn.

Masih memakai pakaian seragamnya sebagai pengawal keselamatan dan memakai topi keledar, lelaki itu dikatakan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman sepanjang perjalanannya.

Walaupun terdapat beberapa individu yang membelinya makanan, namun keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

Wipaporn berkata lelaki tersebut masih berusaha untuk pulang. Dia juga tidak mengetahui dimana lelaki tersebut berada sekarang setelah memberikan sejumlah wang sebagai bekalan perjalanan kepadanya.

Diharapkan keadaan warga emas tersebut sentiasa sihat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here