Ferrari 812 GTS model convertible paling berkuasa kini tiba di Malaysia, 780hp, pertama di Asia Tenggara!

1948

Setelah mula membuat kemunculan global pertama pada September lepas, Ferrari 812 GTS kini tiba di Malaysia, dibawa secara eksklusif oleh Naza Italia.

Merupakan versi convertible Ferrari 812 Superfast, kehadirannya di sini juga ialah kemunculan pertama di Asia Tenggara.



Dengan 780hp dan 712Nm tork dari enjin 6.5-liter naturally-aspirated di depan kokpit, ia merupakan model convertible paling berkuasa pernah dikeluarkan oleh pengeluar Prancing Horse itu.

Kuasa disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan yang membolehkan pecutan 0-100km/j dicapai dalam masa kurang 3 saat.

Terus ditekan, ia akan mencapai 200km/j dalam hanya 8.3 saat, manakala kelajuan maksima ialah 340km/j.

812 GTS menggunakan mekanisma retractable hard top iaitu bumbung berlipat jenis keras dan berwarna badan. Ia boleh dibuka dalam masa 14 saat pada kelajuan sehingga 45 km/j.

Terdapat skrin cermin kecil di belakang kedua-dua tempat duduk yang boleh diturunkan untuk menyalirkan bunyi merdu V12 naturally-aspirated itu ke dalam kabin.

Enjin 6.5-liter dengan teknologi F1 itu ditala agar memberikan 80 peratus jumlah tork bermula pada 3,500rpm, membolehkan pemandu memecut dengan lebih mudah.

Tetapan Manettino pula boleh diakses melalui butang pada stereng untuk disesuaikan dengan mood pemandu, memberikan respon berbeza pada pedal minyak, gaya tukaran gear dan sistem lain.

Rekabentuk Ferrari 812 GTS ini merupakan bentuk klasik Ferrari V12 seperti 356 GTB4 Daytona dari 1968. Model ini berenjin depan dengan hud yang panjang, rendah, serta kabin yang dekat dengan gandar belakang.

Walaupun mempunyai ciri asas klasik, ia pastinya mendapat teknologi terkini dari pengeluar Itali itu. Segala lekuk dan bentuk direka agar bukan sahaja seksi dilihat, tetapi berfungsi menyalurkan aliran udara dan memberi kesan aerdonimaik yang cekap.

Ciri-ciri tersebut termasuklah sayap triplane di diffuser belakang, gerbang roda, dan penutup tonneau yang semuanya direka semula agar mampu memberi downforce dan kestabilan yang diperlukan.

Untuk ciri pemanduan pula, selain Manettino, 812 GTS dilengkapi sistem stereng sports, Side Slip Control 5.0, Virtual Short Wheelbase 2.0 (stereng roda belakang), Ferrari Peak Performance, Ferrari Power Oversteer, dan penyerap hentak yang ditala semula.

Semua ini direka agar kuasa dapat dipindahkan ke jalan tanpa menjejaskan kestabilan kereta, dan pada masa yang sama membolehkan pemandu melakukan pemanduan berprestasi dan drift dengan selamat dan terkawal.

Ferrari 812 GTS boleh menjadi milik anda pada harga RM1,538,000 sebelum cukai, pilihan kustom, dan insurans).

Kesemua model Ferrari juga dilindungi dengan program penyelenggaran percuma 7 tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here