PKPB: Kerajaan larang kenaikan caj pengangkutan awam

1809

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kerajaan tidak membenarkan sebarang kenaikan caj pengangkutan awam dilakukan.

caj pengangkutan awam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pertimbangan kerajaan adalah berikutan harga minyak yang rendah ketika ini.



“Mesyuarat membuat keputusan kita tidak benarkan pengangkutan awam naikkan caj tambang pada waktu ini, tak kira bas, feri atau apa saja. Pertimbangan kita kerana harga minyak sudah rendah.

“Kalau harga naik, berebutlah naikkan harga, tapi bila harga turun, tiada siapa mahu turunkan harga.

“Kita faham mereka terpaksa membawa separuh saja penumpang. Kerugian mereka boleh ditampung dengan harga minyak yang rendah ketika ini,” katanya.

Beliau juga berkata, aduan kenaikan caj semalam didengar membabitkan caj tambang feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang dinaikkan sebanyak RM10.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here