Ford Ranger FX4 2020 akan dilancar 3 Jun ini, tonton di YouTube dan Facebook Live!

1902

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia akan melancarkan Ford Ranger FX4 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2020 jam 11 pagi.

 



Anda boleh sama-sama menonton pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Live.

Ini juga menjadikan Ford Ranger sebagai trak pikap pertama dilancarkan secara serentak melalui kedua-dua platform tersebut.

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, cara pelancaran baharu ini memberikan keseronokan kepada pelanggan di samping norma baharu yang diamalkan kini.

Jadi, apa yang dapat kita jangkakan untuk Ford Ranger FX4 baharu ini? Ia akan mendapat teknologi pintar seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa elektrik (EPAS) yang ringan dan lincah, lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu depan baharu.

Ciri keselamatan pula adalah dua beg udara, Limited Slip Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler, dan Kawalan Adaptif Beban.

Selain itu, ciri keselamatan biasa seperti ABS, EBA, EBD, dan ISOFIX turut ada pada Ranger ini.

Sempena pelancaran itu juga, SDAC akan menawarkan pakej aksesori bernilai RM5,398 seperti berikut:

  • Bar sporti berwarna hitam dan pelekat cermin gelap eksekutif.
  • Perakam Video Digital (DVR) yang dilengkapi dengan fungsi pintar dan selamat termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman waktu malam dan aplikasi mudah alih yang disambung melalui Hotspot berserta kad memori 8GB.

Kesemua ini bagaimanapun terhad kepada 150 pelanggan pertama sahaja.

Berminat untuk menempah Ranger FX4 ini? Anda masih boleh jaga jarak dengan menempah dengan Jurujual Digital melalui Whatsapp di talian ini: +6019-204 1200.

Saksikan pelancaran ini secara siaran langsung melalui YouTube dan Facebook Live pada 3 Jun 2020 jam 11 pagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here