Lamborghini Huracan ini digunakan untuk hantar mangga di Dubai

2654

Lamborghini terkenal dengan pengeluaran supercar eksotik dan unik. Walaupun begitu salah satu model keluaran syarikat dari Itali tersebut iaitu Lamborghini Huracan telah digunakan sebagai kenderaan penghantaran.

 Lamborghini Huracan

Kaedah ini digunakan oleh satu pasaraya di Dubai. Apa yang menarik, sebuah Lamborghini Huracan berwarna hijau telah digunakan untuk menghantar buah mangga ke rumah pelanggan mereka.



“Raja (buah mangga) mesti bergerak seperti seorang raja” kata pengarah urusan Pakistan Supermarket, Mohammad Jehanzeb.

Jehanzeb sendiri akan memandu dan menghantar pesanan tersebut, malah menawarkan pelanggannya untuk menjadi penumpang supercar tersebut untuk satu pemanduan singkat.

Walaupun begitu, pesanan minimum sebanyak Dh100 (RM116) diperlukan untuk menikmati tawaran tersebut dan menurut Jahenzeb dia tidak melakukan perkara ini untuk mendapatkan wang.

“Idea ini adalah untuk membuatkan pelanggan kami tersenyum dan merasakan diri mereka istimewa,” katanya.

Dengan cara unik ini, Jehanzeb berkata selain orang dewasa, kanak-kanak juga turut teruja apabila sebuah Lamborghini menghantar mangga ke rumah mereka. Bahkan ada pelanggan yang memesan mangga hanya untuk melihat Lamborghini berada di hadapan rumah mereka.

 
“Setiap pesanan mengambil masa sekitar satu jam. Dalam masa sehari, kami melakukan sekitar 7-8 penghantaran penghantar ke pelanggan dan kami berharap dapat meningkatkan jumlahnya menjadi 12 penghantaran sehari, ”tambahnya.
 
Untuk maklumat, jentera ini dikuasakan oleh enjin 5.2-liter V10 yang mampu menghasilkan sehingga 602hp dan 560Nm tork. Ia juga mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 320km/j.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here