Pakej edisi terhad untuk Mazda CX-3 sempena ulangtahun ke-100 Mazda, gaya sporti oleh MazdaSports Division

1679

Bermaz selaku pengedar kenderaan Mazda di Malaysia telah mendedahkan pakej edisi terhad untuk CX-3 sempena ulangtahun ke-100 jenama Mazda.

Pakej ini dibangunkan oleh MazdaSports Division dari Bermaz, dan kereta ini akan diberikan beberapa ciri unik pada gaya dan rekaannya.



Dari luar, ia mendapat lip depan dan diffuser belakang berwarna seakan brushed aluminium, ekzos berkembar lebih besar, dan rim 18-inci.

Bahagian badan pula diberikan warna dwi-tona dengan bumbung hitam. Terdapat juga lencana edisi terhad ulangtahun ke-100 untuk melengkapkan pakej luaran ini.

Masuk ke dalam, CX-3 edisi terhad dilengkapi kokpit bersalut suede kelabu yang boleh dilihat pada tempat duduk, roda stereng, perehat tangan, papan pemuka, tombol gear dan panel pintu.

Untuk terus memberikan gaya sporti, terdapat pedal kaki dan plat tepi pintu dengan brushed aluminium, dan karpet edisi terhad.  

Sementara itu, pakej CX-3 ini didatangkan dengan subwoofer 11-inci dari JBL Basspro Hub, menjanjikan kualiti audio terbaik untuk pemandu dan penumpang.

Oh ya, CX-3 edisi terhad ini bukan sekadar kosmetik, tetapi bahagian casisnya turut dinaiktaraf. Strut bar dipasang pada topang suspensi depan yang melintang pada bahagian enjin. Bar-bar juga dipasang di bahagian bawah, tengah dan belakang casis yang pastinya menjadikan pemanduan CX-3 ini lebih mantap.

Tiada perubahan pada enjin, ia masih dikuasakan oleh enjin 2.0-liter SkyActiv-G petrol dengan 154hp dan 206Nm tork. Outout dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan.

Pakej edisi terhad ini kesemuanya berjumlah RM14,500 dan datang dengan jaminan aksesori Mazda selama satu tahun, ia kini dibuka untuk tempahan bersama CX-3.

Pakej ini hanya boleh didapati secara eksklusif dengan warna Snowflake White Pearl.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here