Ferrari FF ini antara kereta yang terjejas dalam banjir di London

2828

Kereta yang terjejas kerana banjir biasanya mengalami banyak kerosakan, bermula dari bahagian luar, ruangan dalam dan juga enjin.

Oleh itu, sebaiknya pastikan kereta anda selamat, kerana akan melibatkan kos yang tinggi untuk dibaik pulih sekiranya ianya rosak.



Pada awal minggu lepas, satu saluran air telah pecah dan membanjiri jalan A406 di London dengan ketinggian air mencecah sehingga 0.5 meter.

Walaupun tidak begitu teruk, banjir tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada beberapa buah kereta termasuk sebuah Ferrari FF. Gambar dan video Ferrari FF tersebut telah menarik minat ramai orang dan ada diantara mereka telah memuat naiknya di laman Twitter.

Ferrari FF

Walaupun Ferrari FF tersebut merupakan kereta termahal yang terperangkap dalam banjir tersebut, terdapat juga kereta lain yang menjadi mangsa seperti BMW 7-Series dan Mercedes C-Class.

Menurut sumber, pihak bomba di London telah menghantar empat buah jentera bomba dan kira-kira 25 orang anggota mereka ke lokasi kejadian. Seramai 8 orang pemandu berjaya diselamatkan dan proses tersebut mengambil masa selama hampir dua jam.

Untuk makluman, Ferrari FF dikuasakan oleh enjin V12 6.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 651bhp dan 683Nm tork.

Kereta ini disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac automatik dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 340km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here