Op Mabuk: Polis tahan 5 lelaki memandu bawah pengaruh alkohol

1696

Kes pemandu mabuk sejak kebelakangan ini menjadi topik bualan hangat seluruh negara. Ini kerana pemandu mabuk ini bukan sahaja mengakibatkan kemalangan, malah turut akan mencederakan orang awam.

mabuk

Susulan kes ini, pihak polis menahan lima individu memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah Petaling Jaya, Selangor.



Dalam operasi yang dilakukan sejak Jumaat lepas, seramai 625 orang pengguna jalan raya dan 577 buah kenderaan telah diperiksa oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal fokus utama operasi dilaksanakan adalah membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Sebanyak 65 individu telah disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas manakala lima lelaki yang berumur lingkungan 22 hingga 48 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987”, katanya lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here