Kit turbo Spoon ini mungkin penyelesaian Honda Civic yang ditinggalkan Perodua Bezza

3116

Anda pasti ada tonton video Perodua Bezza yang memotong sebuah Honda Civic FC yang sedap dipandu pada kelajuan kira-kira 200km/j.

Bukan video itu yang hendak diceritakan hari ini, tetapi mungkin penyelesaian untuk mereka yang mahukan lebih kuasa untuk Honda Civic mereka.



Spoon iaitu salah satu syarikat penala aftermarket popular untuk Honda telah memperkenalkan kit turbo bolt-on untuk Civic 1.5 Turbo. Dikatakan juga kit ini boleh menjadikan Honda Civic 1.5 Turbo lebih pantas dari Civic Type-R FK8 di jalan lurus.

Menurut GoTuning USA dalam satu pengumuman di media sosial, Spoon Sports secara rasminya melancarkan kit Spoon Big Turbocharger untuk Honda Civic (dan mana-mana Honda sebenarnya) dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo.

Kit ini berharga USD3,085 (hampir RM13,000) tetapi ini tidak mengejutkan untuk produk Spoon Sports. Kebanyakan produk jenama ini memang berkualiti tinggi.

Syarikat yang berpengkalan di Jepun itu mengeluarkan komponen aftermarket premium yang boleh diharap untuk menghasilkan lebih kuasa, dan ianya diuji di litar lumba.

Kit ini tidak termasuk dengan Hondata Flashpro Flash Tuner yang dijual berasingan. Harganya sekitar USD700 (RM2,935).

Menurut carta Dynapack Dyno, jika dipasang dengan betul, pemilik Honda Civic boleh menjangkakan untuk memperoleh penambahan kuasa sebanyak 106hp dan 186Nm tork.

Unit demo Honda Civic Hatchback mereka mencatatkan 270hp dan 413Nm tork, dan tork ini lebih tinggi dari Civic Type-R iaitu sekitar 400Nm.

Sudah tentu perbandingan ini tidak sesuai kerana Civic Type-R FK8 bukan sekadar mendapat enjin berbeza, malah talaan casis dan suspensinya juga di tahap lebih tinggi dari Civic biasa.

Kit turbo Spoon ini juga akan menggunakan perumah yang sama dengan turbo asal, maka ianya memang kit bolt-on yang boleh dipasang terus.

Spoon juga sangat menggalakkan anda menukar klac sekali kerana yang asal tidak akan mampu menerima tahap kuasa lebih tinggi itu untuk tempoh masa lama.

Honda Civic 1.5 Turbo manual di UK. Imej: Goodwood

Oh ya, mungkin kit ini tidak sesuai untuk model Civic 1.5 TC-P di Malaysia kerana ianya untuk model Civic 1.5 turbo dengan transmisi manual sahaja. Semua Civic 1.5 turbo yang dijual oleh Honda Malaysia dilengkapi dengan transmisi CVT.

Tali sawat pada sistem CVT pastinya tidak dapat menahan tahap kuasa oleh kit turbo lebih besar ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here