Pusat pengedar Toyota di Cyprus masih dalam keadaan baik setelah ditinggalkan 46 tahun

4667

Bagi pengumpul kereta new old stock (NOS) atau kereta antik, mereka mungkin menganggap ianya seperti harta karun.

pusat pengedar Toyota

Oleh itu, gelaran harta karun ini boleh diberikan kepada sebuah pusat pengedar Toyota yang telah diabaikan selama beberapa dekad, dimana ianya lengkap dengan kereta yang dijual.

Pusat pengedar Toyota ini terletak di Cyprus dan telah ditinggalkan selama 46 tahun. Namun, kereta klasik yang terdapat di pusat pengedar tersebut kelihatan masih berada dalam keadaan baik sejak ditinggalkan pada tahun 1974.

pusat pengedar Toyota

Terletak di Varosha, Famagusta, kawasan ini telah ditinggalkan oleh penduduknya dalam tempoh yang sangat lama. Walaupun begitu, kereta-kereta yang terdapat di pusat pengedar itu diletakkan dengan rapi.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh akaun Facebook Showa Racing, kereta-kereta tersebut kelihatan dilitupi debu dan juga berkarat. Kesemua tayar kereta juga telah kempis.

pusat pengedar Toyota

Untuk makluman, bandar Varosha adalah bahagian selatan kota kota Famagusta, Cyprus yang terbengkalai. Kesemua penduduknya telah melarikan diri ketika penakhlukan Turki ke atas Cyprus pada tahun 1974.

Sejak ia menjadi ‘kota mati’ hingga hari ini, terdapat banyak bangunan kosong dan jalan-jalan mulai ditumbuhi rumput liar.

Walau bagaimanapun, pusat pengedar Toyota di bandar kosong ini masih menjadi ‘rumah’ oleh kereta beberapa buah kereta lama yang masih berada dalam keadaan baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here