Hero MBJB ‘flying kick’ peragut terima anugerah penghargaan, dinaikkan pangkat

1998

Anggota penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.



Sijil penghargaan kepada Shazrin disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Dalam kejadian pada 1 September lepas, tindakan pantas Shazrin dan orang awam berjaya menumpaskan seorang peragut dalam satu kejadian jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, peragut tersebut yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa melintas jalan.

Mangsa yang ketakutan menjerit meminta bantuan sebelum disedari Shazrin dan orang awam yang kemudian berusaha menahan suspek daripada melarikan diri.

Inilah perkara yang mahu kita dengar, hero seperti ini yang diberikan penghargaan. Juga kerjasama orang awam tanpa mengira kaum yang menumpaskan penjenayah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here