Penonton dibenarkan hadir untuk MotoGP San Marino dan Emilia Romagna

1333

Pusingan MotoGP San Marino dan Emilia Romagna yang akan berlangsung di litar Misano mendapat persetujuan untuk membolehkan peminat hadir buat pertama kalinya semenjak siri MotoGP dimulakan semula kerana pandemik Covid-19.

Keputusan untuk menganjurkan perlumbaan tanpa kehadiran penonton adalah langkah yang diambil oleh Dorna Sports bagi mengelakkan pandemik ini menular. Bukan hanya tanpa penonton, Dorna juga membataskan aktiviti di paddock setiap pasukan dan menerapkan beberapa protokol Covid-19 yang ketat.



Dalam lima perlumbaan berlangsung sebelum ini, tidak ada satu siri yang diadakan bersama penonton. Dari dua perlumbaan di litar Jerez, Brno, hingga Red Bull Ring, tempat duduk kosong tanpa kehadiran sesiapa.

MotoGP San Marino Emilia Romagna

Walaupun garis panduan jarak sosial di seluruh Eropah masih melarang perhimpunan besar-besaran, wilayah Emilia Romagna telah memberi izin kepada litar Misano untuk membolehkan sebanyak 10,000 penonton hadir setiap hari sepanjang tiga hari MotoGP San Marino dan Emilia Romagna berlangsung.

Untuk terus memastikan keselamatan penonton, protokol dibuat untuk menghentikan satu kumpulan besar penonton berinteraksi antara satu sama lain, yang merangkumi tempat letak kenderaan khas dan penonton tidak dibenarkan untuk berkeliaran.

“Terima kasih yang tulus kepada wilayah Emilia-Romagna dan kepada Presiden, Stefano Bonaccini kerana telah mendengar dan menilai projek kami dengan teliti,” kata pihak pengurusan litar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here