Selepas tular isu burger RM460, lelaki ini dibelanja insurans kereta percuma untuk setahun!

2960

Seorang lelaki telah mendapat tawaran memperbaharui insurans salah satu keretanya oleh Evoclub Car Insurance dengan Promilej secara percuma.

Jhun Bin ditawarkan untuk memperbaharui insurans keretanya selepas beliau tular di media sosial kerana perlu membayar RM460 untuk sebiji burger dalam satu majlis hari jadi.



Hi Jhun Bin, while the whole of Malaysia is having a good time on the RM460 you paid for the burger. We noticed you are…

Posted by Aurizn Malaysia on Wednesday, October 7, 2020

Tawaran Evoclub Car Insurance itu diberikan oleh rakan media kami iaitu Aurizn Malaysia melalui satu siaran Facebook mereka.

Aurizn Malaysia berkata bahawa dalam pada warganet sibuk memperkatakan mengenai isu burger RM460 itu, mereka mendapati Jhun Bin sebenarnya juga seorang peminat kereta.

Dengan semangat #CarguysJagaCarguys, mereka ingin membelanja Jhun Bin insurans untuk mana-mana kereta miliknya secara percuma untuk setahun.

“Sekurang-kurangnya, ini (pakej insurans) lebih bernilai dari burger itu. Cheers!”, Aurizn Malaysia mengakhiri siaran Facebook mereka.

Jhun Bin sebelum itu tular kerana perlu membayar RM460 kerana bil majlis hari jadi yang dihadirinya dibahagi sama rata, walaupun dia hanya memakan sebiji burger (lebih kurang RM80) dan satu minuman.

Sebenarnya orang lain dalam kumpulan itu yang memesan makanan serta minuman mahal, termasuklah wain Barbera d’Alba (RM404) serta steak premium Jepun yang berharga RM396 dan RM456.

Jenama-jenama di Malaysia turut “menyertai” isu burger ini dengan membuat iklan dan siaran Facebook berkenaan produk mereka yang lebih murah dari RM460.

Syabas Jhun Bin kerana tetap tenang dalam isu ini dan telah mendapat tawaran insurans oleh Aurizn Malaysia!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here