Mercedes tawar teknologi baharu kepada Aston Martin, dengan syarat…

1154

Mercedes-Benz dan Aston Martin telah bekerjasama sejak 2013. Hasilnya dapat kita lihat melalui model-model terkini Aston Martin yang menggunakan enjin dari pengeluar Jerman itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Mercedes menawarkan akses kepada lebih banyak teknologinya untuk Aston Martin terutamanya hibrid dan elektrik. Tetapi dengan syarat, Aston Martin harus membenarkan Mercedes mempunyai lebih banyak pegangan saham dalam syarikat itu.



Mercedes sebelum ini mempunyai 2.6 peratus pegangan dalam ekuiti Aston Martin. Dalam perbincangan terbaharu ini, Mercedes ingin meningkatkan pegangan sehingga 20 peratus.

Tetapi disebabkan ianya lebih kepada kerjasama teknikal, tiada perancangan untuk terus menambah pegangan dalam Aston Martin.

“Kami telah mempunyai kerjasama teknologi yang berjaya dengan Aston Martin yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” kata Wolf-Dieter Kurz, Ketua Strategi Produk di Mercedes-Benz.

“Dengan kerjasama lebih besar ini, kami akan memberikan Aston Martin akses kepada teknologi dan komponen canggih kami, termasuklah sistem hibrid dan elektrik.”

Sejumlah £286 juta (RM1.54 bilion) akan diperlukan untuk mencapai pegangan saham 20 peratus seperti yang dipersetujui.

Kerjasama terbaharu ini akan disahkan menjelang 2023. Maklumat terperinci mengenai kerjasama teknologi masih lagi dirahsiakan, tetapi nampaknya Aston Martin mempunyai masa depan lebih cerah untuk pengeluaran kereta produksi dan sukan perlumbaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here