Daimler hadiahkan ‘bonus Covid-19’ sebanyak RM4.8k kepada setiap 160,000 pekerja di Jerman

1086

Menurut Daimler, mereka akan membayar ‘bonus Covid-19’ sebanyak USD1,196 (RM4,868) kepada setiap pekerja di Jerman bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

Dalam satu kenyataan, Daimler yang juga memiliki Mercedes-Benz menyatakan kira-kira 160,000 pekerja mereka di Jerman layak mendapat bonus.



“Dalam tempoh yang sukar ini, syarikat selalu bergantung kepada fleksibiliti dan kesediaan tenaga kerja,” kata Ketua Pegawai Daimler, Wilfried Porth.

bonus Covid-19 daimler

Seperti yang dinyatakan, semua pekerja Daimler layak mendapat bonus ini, termasuk semua ketua pasukan di Daimler, Mercedes-Benz, Daimler Truck, bahagian Daimler Mobility dan semua anak syarikat di Jerman.

Secara keseluruhan, untuk bonus tersebut, Daimler perlu menghabiskan dana sekitar USD200 juta (RM814 juta) untuk dibahagikan kepada pekerjanya. Bonus tersebut difahamkan akan mula dibayar bersama dengan gaji bulan Disember.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here