Anda boleh sewa Toyota GR Yaris di Jepun, hanya RM990 sehari!

1843

Toyota GR Yaris menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan pengikut automotif di Malaysia selepas ia dilancarkan secara rasmi di negara ini pada Khamis lepas.

Antara topik hangat yang diperkatakan adalah faktor harganya, iaitu RM299,000 (tanpa insurans dan cukai jalan) dan semua 200 unit di Malaysia dilengkapi dengan Performance Pack.



Kluster “baik beli” nampaknya sukar untuk menerima hakikat bahawa sebuah hatchback tiga pintu dengan enjin turbo 1.6-liter tiga-silinder berharga hampir RM300k. Maka mereka pun mulalah menaip dengan marah, “baik beli BMW, baik beli rumah, baik beli sedan” dan sebagainya.

Namun itu bukanlah perihal yang ingin kita bincangkan hari ini. Masih menyentuh sedikit mengenai harga, iaitu GR Yaris ini boleh disewa di Jepun dengan harga kira-kira RM990 sehari.

Khidmat ini ditawarkan oleh Omoshiro Rent-A-Car melalui laman web mereka di omoren.com. Omoshiro ialah salah satu penyedia khidmat sewaan kereta di lapangan-lapangan terbang utama sekitar Jepun.

Mereka menawarkan pilihan yang agak banyak dan menarik, termasuk kereta-kereta sport berprestasi tinggi seperti Honda Civic Type-R, BMW, Porsche dan Toyota GR Yaris.

Bagi GR Yaris, ia boleh disewa pada kadar JPY14,480 (RM566) untuk 6 jam, JPY18,100 (RM707) untuk 9 jam, atau JPY5,300 untuk 24 jam.

Terdapat nota di bawah iklan sewaan GR Yaris ini yang memberitahu beberapa syarat penting. Antaranya adalah anda mestilah berumur lebih 23 tahun untuk GR Yaris ini dan mestilah telah memandu kenderaan bertransmisi manual lebih dari tiga tahun.

Cerewet juga ya!

Walaubagaimanapun, tiada had perbatuan dikenakan, jadi anda boleh pandu seberapa banyak dalam tempoh sewaan.

Menarik, bukan? Jadi selepas ini jika anda melancong ke Jepun, bolehlah cuba sewa kereta-kereta menarik dan rare sedikit. Bukan selalu!

Sama-sama kita doakan agar keadaan pandemik ini pulih seperti sedia kala dan kita boleh melancong semula.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here