Dua unit Ford Mustang hasil ujian pelanggaran untuk dijual, kalau beli nak buat apa?

1390

Anda mungkin tidak pernah terfikir untuk membeli sebuah kereta yang telah digunakan untuk ujian kemalangan. Namun, kini dua unit dari kereta ujian tersebut sedia untuk dijual.

ford mustang ujian kemalangan

Dua unit kereta tersebut ialah Ford Mustang 2018 berwarna maroon dan kuning. Kedua-duanya sedia dijual oleh GSA Auctions selepas menjalani ujian kemalangan dari National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) Amerika Syarikat.



ford mustang ujian kemalangan

Terletak di Buffalo, New York, kedua-dua mustang ini sudah tentu tidak dapat dibaiki dan dipandu di jalan raya, dan individu yang membelinya mungkin hanya menginginkan alat ganti tertentu sahaja.

ford mustang ujian kemalangan

Kedua-dua Mustang ini dikuasakan oleh enjin 2.3-liter EcoBoost. Dan disebabkan kedua-dua kereta itu hanya digunakan untuk tujuan ujian pelanggaran sisi, keadaan enjin dan kotak gear kedua-duanya berkemungkinan masih berada dalam keadaan baik.

ford mustang ujian kemalangan

Pelbagai komponen pada kedua-dua Mustang ini berkemungkinan masih boleh digunakan, seperti rim, brek, sistem ekzos dan panel pintu sebelah penumpang.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua Ford Mustang ini boleh didapati di GSA Auctions.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here