McLaren 720S Spider sewa terlibat kemalangan ketika berlumba dengan Lamborghini Huracan Spyder

11127

Sebuah McLaren 720S Spider mengalami kerosakan yang agak teruk kerana terlibat dalam kemalangan di California. Apa yang menyedihkan, supercar tersebut merupakan kenderaan sewa.

Beberapa gambar disiarkan oleh California Highway Patrol di laman Twitter (yang telah pun dipadamkan) dengan caption menyindir pemandu McLaren tersebut iaitu:



“Bila anda menyewa sebuah McLaren dan bertindak untuk berlumba dengan sebuah Lamborghini di US-101 dan mengalami kemalangan! Lain kali, anda patut pertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan insurans sewa! Nasib baik tiada sebarang kecederaan serius berlaku.”

McLaren 720S Spider

Lamborghini yang dimaksud ialah Huracan Spyder berwarna hitam yang dapat dilihat di salah satu gambar.

Walaupun masih tidak jelas punca kemalangan, pemandu McLaren berkemungkinan tidak mampu mengawal supercar yang dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin turbo yang berkuasa 710hp tersebut.

McLaren 720S Spider

McLaren 720S Spider tersebut mungkin bergeser dengan penghadang jalan, berdasarkan kerosakannya pada bahagian hadapan dan belakang.

Kerosakan tersebut lebih tertumpu kepada bahagian belakang, di mana salah satu daripada tayar telah tercabut daripada kedudukan asal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here