Pemilik tekad saman Lamborghini selepas Huracan Spyder putih miliknya bertukar kepada warna kuning

2726

Memiliki sebuah Lamborghini pastinya merupakan impian buat ramai lelaki. Ditambah pula dengan model Huracan Spyder yang berprestasi tinggi serta rekaannya yang cukup memukau.

Lamborghini huracan spyder

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki iaitu Calogera Caruso tekad untuk saman pihak Lamborghini selepas Huracan Spyder berwarna putih yang dibeli buat anaknya bertukar menjadi warna kuning.

Secara logiknya, sememangnya warna putih pada sebarang kereta lama-kelamaan bakal bertukar menjadi warna kuning. Namun agak ironi apabila Lamborghini Huracan Spyder yang baru sahaja dibelinya sudah menampakkan kesan warna kuning selepas beberapa hari.

Jom Baca:   10,000 unit Lamborghini Urus telah dihasilkan sejak dua tahun diperkenalkan

Lamborghini huracan spyder

Lebih pelik, Caruso dikatakan hanya menyimpan Huracan Spyder miliknya di dalam garaj dan tidak didedahkan di bawah sinaran matahari yang mungkin menyebabkan kepada pertukaran warna cat.

Untuk pengetahuan, Caruso dikatakan sanggup menggadaikan rumahnya semata-mata untuk memenuhi impian anaknya dengan memiliki sebuah Lamborghini Huracan Spyder.

Dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, Lamborghini dengan rela hati sedia menawarkan servis mengecat semula kereta beliau namun ditolak kerana dikhuatiri bakal menjatuhkan nilai kereta.

Beliau kemudiannya memilih untuk menyerahkan semula kereta tersebut serta menuntut ganti rugi sebanyak $416,000 (RM1.71 juta) beserta kos tambahan berikutan faktor tekanan dan kehilangan hari bekerja.

Jom Baca:   Golongan kaya terus kaya - kereta mewah laku keras !!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here